Thursday, October 8, 2009

Malam ini....tenang..
Angin bertiup mengikut ketentuan-Nya..
Sesekali menyapa lembut pipiku..
Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.. sudah lama ku tak merasakan keindahan ini. bukan kerana apa.. hanya kerana diri ini jarang ingin duduk memikirkan kebesaran Tuhan dek kerana sibuk dan leka dengan kehidupan seharian. namun itu bukan boleh dijadikan alasan sebenarnya..itu aku tahu.. itulah silap diri manusia..
Tika ini..ingin sekali aku menyelami apa yang tersirat disebalik bahasa alam yang indah ini... Apakah maksud angin yang bertiup lembut ini.. begitu indah dirasakan, apakah maksud bunyi-bunyian sang serangga di luar sana, begitu rancak berbicara, begitu indah di pendengaran, lagu apakah yang dimainkan mereka agaknya. langit pula tidak berawan, tidak berbintang, cuma ada kemerah-merahan di kaki langit. mengapa bintang menyembunyikan diri dikala ini..
Aku tak tahu memang benarkah bintang menyembunyikan dirinya ataukah aku yang rabun tidak nampak dimana mereka.. hakikatnya hanya tuhan yang mengetahui akan kebenarannya.
Namun, untuk apakah aku mempersoalkan ini semua. aku pun tidak tahu.. mungkin hanya sekadar merenung kebesaran Ilahi.. siapalah aku untuk memahami bahasa alam yang begitu indah ini.. cukuplah sekadar aku dapat menikmatinya.. syukur yang tidak terhingga kepada pencipta segala makhluknya..
Kadang aku terfikir knapa aku dijadikan sbagai manusia. alangkah baik kalau aku dijadikan sbagai burung.. namun itulah ketentuan tuhan.. aku dijadikan seorang manusia yang telah ditaklifkan oleh Allah untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifahNya di muka bumi.
namun, mampukah aku memikul tanggungjawab ini?segala itu hanyalah Allah yang mengetahui kerana Dia adalah pencipta diriku..
Jauh disudut hatiku, ku berdoa agar aku diberi peluang untuk menjadi yang terbaik dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.. walau ku tahu diri ini banyak kekurangan.. namun kuharapkan Allah tidak membiarkan aku sendirian melalui jalan yang berliku ini..
Bimbinglah diriku ke jalan yang lurus ya Tuhanku..hanya padamu segala harapan diletakkan..

0 comments:

Voting